Latar Belakang Finworld
Finworld dicipta untuk mengubah dunia kewangan menjadi lebih baik. Produk kami menyediakan alat analisis terunggul dan canggih, sentiasa memberi 'update' paling terkini kepada pelabur, tanggapan dan tren yang mempengaruhi pelaburan saham pelabur, sekaligus membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang lebih baik.
Visi Finworld
Kami mengharapkan analisis pelaburan boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat tanpa berat sebelah, dan mampu menerajui ke seluruh dunia.
Misi Finworld
Kami akan sentiasa menghasilkan perisian analisis saham bertaraf dunia pada harga yang berpatutan. Dan itu jaminan kami.
Fungsi Finworld
Finworld merupakan sebuah perisian menganalisa saham yang mempunyai pelbagai fungsi yang sangat membantu para pelabur dalam menyelesaikan masalah yang sering dihadapi dalam pelaburan saham.
Aggregated Volume Analysis
(AVA)
Penunjuk AVA merupakan fungsi eksklusif untuk menganalisa aliran dana dari pelabur besar.
Fungsi ini dapat menyelesaikan masalah pelabur yang sering kehilangan wang dalam pelaburan kerana pelabur besar.
3 maklumat utama yang boleh di kenalpasti daripada AVA:
Pelabur besar dalam 30 saham konstituen (Indeks) agresif membeli atau menjual.
Pelabur besar banyak membeli atau menjual dalam semua saham tersenarai dalam Bursa.
Pelabur besar banyak membeli atau menjual dalam kesemua 13 sektor tersenarai di Bursa.
Thames River Indicator (TRI)
TRI Indikator merupakan indikator pengurusan risiko yang ekslusif hanya di Finworld. Pengurusan risiko adalah sangat penting dalam pelaburan saham. Sebelum membeli sesebuah saham, anda perlu mengetahui dengan jelas tahap risiko saham tersebut.
Selain mengenal pasti risiko, TRI juga dapat membantu pelabur menyelesaikan masalah selepas membeli saham, harga pun turun serta masalah untung sedikit malah rugi selalu banyak.
Maklumat utama tentang TRI:
Harga saham mestilah berada di atas garisan TRI.
Jarak antara harga beli dan garisan TRI merah - Jarak ini tentukan tahap risiko.
Kedudukan TRI Indikator adalah berubah-ubah setiap hari.
Jika harga saham berada bawah garisan TRI merah, perlu keluar dari pasaran samada untung atau rugi.
Screener
Screener merupakan pemilihan saham berdasarkan penunjuk teknikal.
Dengan adanya screener, pelabur tidak perlu lagi terpilih saham yang salah.
Pilih saham berdasarkan kriteria berikut:
Sentimental dalam warna hijau
TRI berdiri teguh di atas garisan
RSI tidak terlebih beli
MACD berada di atas 0
Filter
Filter ialah fungsi yang menggabungkan pelaburan nilai dengan pemilihan saham berdasarkan aliran dana pelabur besar.
Ada ketika pelabur telah memilih saham syarikat yang bagus, tetapi harganya tidak meningkat naik.
Hal ini bukan kerana pelabur salah memilih saham, tetapi masa menyertai pelaburan saham itu adalah tidak tepat.
Masa yang tepat adalah apabila semasa terdapatnya aliran kewangan dalam saham tersebut.
Filter akan membantu pelabur mengenalpasti samada terdapatnya aliran modal oleh pelabur besar keluar atau masuk dari sesebuah saham.
Return Spread (RS)
Fungsi utama RS adalah untuk mengenalpasti naik atau jatuh pasaran saham pada satu hari.
Walaupun pasaran meningkat, tidak semua saham menaik. Kerana itulah pelabur perlu mempunyai RS untuk melihat jumlah saham yang meningkat dalam sesebuah sektor pada setiap hari, minggu dan bulan.
Dengan adanya Return Spread, pelabur juga boleh mengelakkan masalah terlepas peluang membeli dari harga rendah.
Volume Analysis (SSI & MOS)
SSI membolehkan pelabur menganalisa sesuatu saham samada pelabur besar dalam pasaran sedang membeli, mengumpul atau menjual saham serta mengelakkan masalah selepas menjual sesebuah pegangan saham, harganya pula meningkat.
Sesetengah saham dilihat sedang meningkat tetapi sebenarnya pelabur besar sedang menjual pegangan mereka. Manakala ada masa saham dilihat menurun tetapi pelabur besar sedang mengumpul pegangan. Ini situasi yang sering memeningkan pelabur.
Untuk mengetahui saham yang sedang dikumpul oleh pelabur besar, fungsi MOS diperlukan. Jika MOS diatas 0, maksudnya saham itu mempunyai prestasi yang baik. Ini akan sangat membantu pelabur.
Sector Benchmark (SB)
Sesebuah saham yang meningkat itu tidak semestinya mempunyai pencapaian yang terbaik dalam sektornya. Kerana itulah ramai pelabur yang telah melabur dalam syarikat yang baik, tetapi masih rugi.
Dengan menggunakan Sector Benchmark, pelabur dapat melihat prestasi terkini sesebuah saham itu adalah lebih baik dari prestasi masa lalunya.
Pelabur juga boleh membandingkan prestasi saham itu dengan saham lain dalam satu sektor dan 20% terbaik dalam sektor.
A
V
A
F
I
L
T
E
R
T
R
I
R
S
S
C
R
E
E
N
E
R
S
S
I
S
B
Kajian Kes AVA
31 Dec 2021, Index KLCI naik tinggi. Peningkatan ini berlaku secara mendadak pada 4:00pm​
Walaupun Index meningkat, tetapi AVA menunjukkan lebih banyak penjualan berbanding pembelian.
Ini merupakan petanda yang keadaan index masih belum baik lagi.
Ini terbukti apabila index mula jatuh dari hari pertama perdagangan untuk tahun 2022, iaitu 3 Jan dan berterusan.
Jika tanpa AVA, sudah tentu anda akan terjerat dengan peningkatan palsu ini.
Kajian Kes TRI
Pada 25 Feb 2020, saham ini telah meningkat sebanyak 2.37% dan tutup di atas garisan TRI biru.
Bermula dari 25 Feb hingga 11 Ogos, saham ini telah berada di atas TRI biru secara berterusan. Tetapi pada 12 Ogos, saham ini telah jatuh di bawah garisan TRI biru.
Jika anda beli saham ini pada 25 Feb semasa saham ini mula berada di atas garisan TRI biru dan menjual saham ini pada 12 Ogos semasa saham ini mula jatuh di bawah garisan TRI biru, anda boleh memperoleh keuntungan mencecah sehingga 166%. Sangat lumayan!
Jika tidak menjual pegangan pada 12 Ogos, anda bakal mengalami kerugian. Bermula dari 12 Ogos hingga 23 Sep, saham ini berterusan jatuh dan berada dalam downtrend.
Tanpa TRI, sudah tentu anda tidak akan tahu waktu yang tepat untuk menjual dan membeli pegangan anda.
Kajian Kes Screener
Bermula dari 20 April, ketiga-tiga indikator teknikal saham ini, T/R/M adalah hijau (positif)
Saham ini berterusan berada dalam bullish screener dari 20 April hingga ke 21 Ogos. 21 Ogos merupakan hari terakhir saham ini berada dalam senarai bullish screener.
Jika anda membeli saham ini pada 20 April (hari pertama saham ini berada dalam bullish screener) dengan harga RM7.70. Terus memegang saham ini sehingga ke hari terakhir saham ini berada dalam bullish screener iaitu pada 21 Ogos, lalu menjualnya pada 21 Ogos dengan harga RM17.70. Anda akan memperoleh keuntungan sehingga mencecah ke 131%.
Sebaik sahaja saham tidak berada lagi di dalam senarai bullish screener pada 22 Ogos, saham ini terus jatuh menjunam. Jadi bayangkan jika anda tidak melepaskan saham ini pada 21 Ogos, anda boleh menanggung kerugian sehingga mencecah ke 65%.
Pelabur yang mempunyai Finworld boleh mengetahui saham-saham yang berpotensi seperti ini menggunakan Bullish screener.
Kajian Kes Filter
Filter ini telah di set mengikut kriteria yang dikehendaki oleh pelabur.
Berdasarkan kriteria filter yang telah di set, anda dapat lihat pada 5 Nov, pertama kali MOS saham ini berada dia atas 0.
Pada 5 Nov, MOS pertama kali berada di atas 0, sentimen adalah neutral. Masih tidak menepati lagi
Tetapi, jika anda perhatikan saham ini terus, pada 6 Nov, sentimen saham ini telah bertukar kepada positif (hijau). Harga tutup 6 Nov juga berada di atas garisan TRI biru. Ini menunjukkan tanda positif untuk membeli.
Pada 6 Jan 2021, MOS telah berada di bawah 0.
Seperti yang anda dapat lihat di sini, pada 6 Jan, MOS telah berada di bawah 0, harga tutup juga telah jatuh di bawah garisan TRI biru. Sekiranya anda masuk saham ini pada 5 Nov dan keluar pada 6 Jan, anda akan mendapat keuntungan sehingga mencecah ke 35% hanya selama 42 hari sahaja.
Dengan menggunakan filter, anda boleh menyenarai pendek saham berpotensi yang mempunyai aliran yang besar juga menepati dengan teknikal indikator serta mempunyai fundamental yang kuat.
Kajian Kes RS
Pada 3 Jan, sektor teknologi telah mengalami peningkatan. Semua pelabur mula fokus pada sektor ini kerana menyangka ianya akan terus meningkat.
Tetapi jika melihat kepada data yang dikeluarkan oleh return spread, prestasi sektor ini masih belum mencecah tahap prestasi yang baik. Ini kerana, berdasarkan 'Total Positive %' yang hanya berjumlah 45.71%. Untuk menunjukkan prestasi sektor itu adalah baik, Total Positive perlulah mencecah 50% dan ke atas.
Ini terbukti apabila, bermula 5 Jan hingga 11 Jan, sektor teknologi telah berterusan menurun.
Pengguna Finworld telah mengetahui lebih awal bahawa sektor ini masih belum pulih dan akan mengalami penurunan dengan penggunaan RS.
Kajian Kes VA
Pada 26 Nov, saham ini meningkat sebanyak 10.14%.
Selalunya apabila berlaku peningkatan seperti ini, pelabur yang memegang sesebuah saham tidak tahu samada perlu terus memegang saham itu atau perlu melepaskan pegangan mereka.
Kerana itulah anda perlukan fungsi SSI di dalam Volume Analysis daripada Finworld.
Pada 26 Nov, SSI menunjukkan pembelian berlaku lebih banyak daripada penjualan. Menurut SSI, sekiranya pembelian lebih banyak dari penjualan, anda boleh terus memegang saham tersebut.
Data SSI ternyata tepat apabila pada 29 dan 30 Nov, saham ini telah meningkat lagi sebanyak 15.09% yang menjadikan peningkatan keseluruhan dari 26 Nov hingga 30 Nov adalah sebanyak 25.23%.
Bayangkan anda memiliki SSI, sudah pasti anda berpeluang mendapat keuntungan sebanyak ini juga. Lumayan bukan!
Berdasarkan SSI, pada 30 Nov, jumlah penjualan adalah lebih banyak daripada pembelian. Menurut SSI, sekiranya penjualan lebih banyak dari pembelian, anda perlu menjual dahulu pegangan anda untuk mengambil keuntungan kerana harga saham berkemungkinan besar bakal jatuh.
Data SSI ternyata tepat apabila bermula daripada 1 Dis hingga 13 Dis, harga saham ini berterusan menurun.
Sekiranya pemegang saham ini tidak menjual pegangan mereka selepas 30 Nov, kerugian yang terpaksa ditanggung adalah mencecah sehingga ke 20%.
SSI sangat membantu anda mengetahui masa yang tepat untuk anda melepaskan pegangan saham dan memperoleh keuntungan.
Kajian Kes SB
Dengan menggunakan SB, anda boleh membandingkan prestasi sesuatu saham pilihan anda dengan saham lain yang berada dalam sektor yang sama atau dengan saham yang berada dalam Top 20%.
Berdasarkan dapatan saham PBB di atas anda dapat lihat data revenue nya berwarna hijau. Manakala revenue saham BURSA berwarna merah. Ini menunjukkan revenue PBB berbanding saham lain di dalam sektornya adalah lebih baik manakala revenue BURSA berbanding saham lain di dalam sektornya adalah kurang baik.
Prestasi ini hanya ditandai menggunakan warna. Ini pasti memudahkan anda sebagai pengguna untuk mengenalpasti maklumat yang diberikan.
Satu lagi kajian kes untuk anda menggunakan SB, anda dapat lihat prestasi saham ini dibanding saham di dalam sektornya dan juga dibanding dengan saham Top 20%.
Jika dibanding dengan saham di dalam sektornya, prestasi Revenue nya berwarna hijau, bermaksud lebih baik manakala jika dibanding saham Top 20%, prestasi Revenue nya berwarna merah, bermaksud kurang baik. Sangat mudah bukan!
Testimoni Pengguna
Daftar Seminar / Webinar PERCUMA Kami Segera!!
Sila isi maklumat di borang sebelah untuk menjadi peserta Seminar atau Webinar anjuran Finworld.
Tempat adalah terhad!
Menerusi Seminar & Webinar percuma ini, kami akan memberi pendedahan secara menyeluruh tentang perisian menganalisa saham, Finworld.
Jangan lepaskan peluang ini.